Kuman tibi merebak ke paru-paru & otak, pelakon Izuan Fitri tidak sedarkan diri

Kuman tibi merebak ke paru-paru & otak, pelakon Izuan Fitri tidak sedarkan diri

Pelakon filem Butak itu dibawa ke hospital Sabtu lalu selepas diserang sawan.

Pelakon remaja Mohamad Izuan Fitri, 19, dilaporkan tidak sedarkan diri di Hospital Selayang akibat penyakit tibi.

Pelakon remaja Mohamad Izuan Fitri, 19, dilaporkan tidak sedarkan diri di Hospital Selayang akibat penyakit tuberkulosis atau tibi.

Menurut perkongsian ahli keluarga pelakon filem Crossroads: One Two Jaga dan Butak itu di media sosial, dia dibawa ke hospital Sabtu lalu selepas diserang sawan.

Menerusi ciapan yang tular di laman Twitter @zhafvlog, difahamkan kuman tibi di dalam badan Izuan kini telah menyerang organ dalaman sehingga ke otak.

“Kuman tibi banyak dalam badan si adik, berak berdarah sebab tibi dalam usus, paru-paru sebelah kiri ada tibi buat sarang, kat otak ada tibi.

“Tadi ada buat CT Scan untuk bagi kat pakar otak. Sekarang ini tengah bincang sama ada pembedahan boleh tolong si adik atau tidak,” tulis seorang individu bernama Adik Ainn.

Mula bergiat dalam pentas lakonan sejak kanak-kanak lagi, Izuan pernah merangkul trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Anugerah Skrin TV3 pada 2015 dan Pelakon Kanak-kanak TV Terbaik (Anugerah Seri Angkasa 2016).

Selain Crossroads: One Two Jaga dan Butak, Izuan turut membintangi telefilem Penyabong, Kapur Kuning Buat Puteh, Kerana Syurgamu, Anak-Anak Tamar, Nasiya dan banyak lagi.

Abang kembar Izuan, Mohamad Izuan Fikri, seperti yang dilaporkan Harian Metro, memohon orang ramai agar mendoakan adiknya kembali sembuh.

“Saya mohon pada semua orang untuk sama-sama mendoakan adik supaya dia sedar semula dan kembali sihat. Sekarang, dia tidur saja tapi jika disentuh masih ada tindak balas dan pergerakan.

“Doktor juga akan membuat pemeriksaan lanjut ke atas adik saya pada bahagian otaknya untuk memastikan kaedah rawatan terbaik dan sesuai termasuk melakukan pembedahan,” katanya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.