Bunga terus tabah raikan Aidilfitri tanpa suami

Bunga terus tabah raikan Aidilfitri tanpa suami

Walau masih terasa ketiadaannya, BCL tetap merayakan Aidilfitri bersama anak lelaki tunggalnya Noah Sinclair dan keluarga dengan keceriaan dan kemenangan.

Bunga bersyukur atas kasih sayang keluarganya. (Gambar Instagram)

Tahun ini merupakan tahun kedua buat penyanyi Bunga Cinta Lestari atau mesra dipanggil BCL meraikan Syawal tanpa kehadiran suami tercinta, Allahyarham Ashraf Sinclair.

Walau masih terasa ketiadaannya, BCL tetap merayakan Aidilfitri bersama anak lelaki tunggalnya Noah Sinclair dan keluarga dengan keceriaan dan kemenangan.

Ianya jelas apabila BCL memuat naik foto memeluk Noah pada Hari Raya pertama dan foto mereka bersama kedua orang tua BCL. Malah dia turut membuat panggilan video bersama keluarga Ashraf.

Terbaru, Bunga memuat naik sebuah foto bersama keluarganya dengan ungkapan rasa syukur atas kasih sayang keluarga yang memberi keberkatan abadi dalam hidupnya.

“The love of a family is life’s greatest blessing” tulisnya.

Bunga turut memuat naik foto bersama Noah dalam persalinan Hari Raya berwarna merah senada sambil mengucapkan Selamat Idul Fitri, mohon maaf lahir dan batin.

Bunga dan Ashraf mendirikan rumahtangga pada 2008 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Noah Sinclair yang kini berusia 11 tahun.

Namun, pada 18 Februari 2020, industri hiburan Malaysia dan Indonesia telah dikejutkan dengan pemergian mengejut Ashraf akibat serangan jantung.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.