Pasangan Syamel dan Ernie, selamat diijab kabulkan

Pasangan Syamel dan Ernie, selamat diijab kabulkan

Majlis pernikahan tersebut berlangsung di Masjid Puncak Alam, Selangor, jam 10.30 pagi, Jumaat.

Syamel dan Ernie sah bergelar suami isteri. (Gambar Instagram Syamel)
PETALING JAYA:
Dengan sekali lafaz, pasangan penyanyi popular Syamel, 28, dan Ernie Zakri, 29, sah bergelar suami isteri.

Majlis pernikahan tersebut berlangsung di Masjid Puncak Alam, Selangor, jam 10.30 pagi, Jumaat.

Pasangan tersebut dinikahkan jurunikah, Ustaz Zainal dengan berwalikan bapa pengantin perempuan, Zakri Ahmad.

Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly menyerahkan mas kahwin RM300 dan seutas gelang tangan berlian berserta lima dulang hantaran. Namun, wang hantaran tidak dinyatakan jumlahnya.

Pihak Ernie pula membalas dengan tujuh dulang hantaran.

Menurut Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, majlis pernikahan itu diadakan secara tertutup dengan dihadiri 20 ahli keluarga bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Ernie dan Syamel kemudian diraikan pada majlis tertutup yang diadakan di sebuah resort persendirian di Serendah eksklusif untuk keluarga kedua belah pihak saja.

Majlis tersebut dikendalikan perancang perkahwinan The Wedding Herritage (TWH) bertemakan Melayu Klasik.

Terdahulu, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 15 Ogos tahun lalu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.