
Menghargai sahabat atau pekerja mempunyai pelbagai cara.
Namun, bagi salah seorang penyanyi kumpulan muzik popular Korea, Rose Blackpink, dia juga punyai cara tersendiri untuk mengucapkan terima kasih kepada pekerjanya atas dedikasi kerja mereka.
Baru-baru ini, Rose atau nama sebenarnya Roseanne Park telah menghadiahkan dompet jenama Saint Laurent kepada pekerjanya sebagai menghargai mereka.
Selain dompet, Rose turut menghadiahkan jambangan bunga serta kad yang ditulis tangan untuk setiap pekerjanya.
Melalui Instagram story Rose, pekerjanya telah memuat naik gambar dompet tersebut bersama ucapan terima kasih terhadap hadiah yang diberikan Rose.
“Saya sangat berterima kasih atas setiap hadiah yang Rose berikan,” tulis salah seorang pekerjanya.
“Rose sangat baik,” tulis pekerja yang lain.
Walaupun Rose sememangnya duta Saint Laurent, namun jumlah keseluruhan untuk hadiah tersebut dianggarkan bernilai kira-kira 200 hingga 700 dollar AS.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]