Anak Vin Diesel bintangi Fast and Furious 9

Anak Vin Diesel bintangi Fast and Furious 9

Vincent Sinclair bawa watak Diesel zaman kanak-kanak.

Vin Diesel. (Gambar Instagram)

Anak lelaki pelakon Vin Diesel yang berusia sepuluh tahun, Vincent Sinclair dilaporkan bakal muncul dalam filem ‘Fast and Furious 9’ yang membawakan watak pelakon itu ketika zaman kanak-kanak, Dominic Toretto.

Ia adalah kemunculan kali pertama anaknya di layar filem dan Variety mengesahkan pelakon itu membuat penggambaran babak itu pada 2019.

Sebelum ini, pelakon, Alex McGee melakonkan watak Dom ketika muda dalam filem ‘Furious 7’ pada 2015.

Yahoo News melaporkan, filem ‘Fast and Furious 9’ mula melakukan penggambaran pada Jun 2019 di Studio Leavesden di Hertfordshire, England dan selesai pada November 2019.

Pada mulanya, ia dijadualkan untuk ditayangkan pada musim panas lalu namun Universal terpaksa menunda beberapa kali tarikh tayangannya bermula 2 April depan, 28 Mei, kemudian yang terbaru pada 25 Jun ini susulan pandemik Covid-19.

Pengarahnya, Justin Lin yang mengarah filem ketiga, keempat, kelima, keenam dan filem terbaru itu dikatakan akan kembali mengarah dua lagi filem francais berkenaan.

Ini bermakna kisah watak dimainkan Diesel, Dominic Toretto dan keluarganya bakal berakhir dan Universal dikatakan dalam perancangan untuk mengeluarkan filem ‘spin-off’ berkisar watak sampingan filem terbabit.

‘Fast and Furious 9’ menyusul sebaik saja filem kelapannya, ‘The Fate of the Furious’ ditayangkan pada 2017.

Filem terbaru ini mengisahkan Dom Toretto yang berdepan dengan adiknya, Jakob (John Cena) iaitu seorang pembunuh bekerja dengan musuh lama, Cipher (Charlize Theron) yang berdendam dengan Dominic.

Ia turut dibintangi Michelle Rodriguez, Tyrese Gibson, Chris “Ludacris” Bridges, Jordana Brewster, Nathalie Emmanuel, Sung Kang dan Helen Mirren.

CLICK HERE FOR THE LATEST DATA ON THE COVID-19 SITUATION IN MALAYSIA

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.