Jennie Blackpink realisasikan impian sebagai editor di majalah Vogue

Jennie Blackpink realisasikan impian sebagai editor di majalah Vogue

Jennie yang dipilih sebagai model utama bukan hanya sibuk dengan penggambaran wajahnya tetapi telah turut ‘bertindak’ sebagai editor majalah fashion itu.

Jennie Kim, kelihatan memukau dengan penampilannya di majalah Vogue Korea. (Gambar Instagram)

Penyanyi Blackpink, Jennie Kim telah mengambil bahagian dalam konsep penggambaran majalah fesyen terkenal, Vogue Korea yang akan diterbitkan untuk edisi Mac.

Jennie yang dipilih sebagai model utama bukan hanya sibuk dengan penggambaran wajahnya tetapi telah turut bertindak sebagai editor majalah fashion itu.

Dia turut terlibat aktif dalam proses di balik pengambaran mulai dari menentukan konsep hingga kepada tata gaya, rambut, dan rias.

Menurut keterangan Vogue, ini merupakan kali pertama Jennie terlibat dalam penggambaran luar sebagai model di depan kamera.

“Jennie telah melakukan pengambaran sebagai model, tetapi ini adalah kali pertama dia menyertai secara aktif sebagai perancang, memutuskan konsepnya sendiri dan memutuskan gaya rambut dan hiasan, termasuk gaya,” demikian keterangan Vogue.

Sememangnya Jennie tampak memukau dari hasil penggambaraan tersebut.

Bintang berusia 25 tahun ini pernah diwawancara pada 2018 dan ditanya mengenai cita-citanya jika dia bukan seorang penyanyi. Dia kemudian menjawab akan memilih menjadi editor majalah atau penasihat fesyen.

“Editor majalah atau penasihat fesyen. Itu yang ingin saya lakukan,” katanya ketika itu dan kini, impian Jennie terlaksana.

Jennie memulakan kariernya di dunia hiburan dengan bergabung sebagai pelatih di YG Entertainment.

Dia kemudian menyertai kumpulan Blackpink bersama Lisa, Rose, dan Jisoo. Pada 2018, Jennie telah melancarkan single solo dengan lagu berjudul Solo.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.