
Sejak kebelakangan ini, penyanyi, penulis lagu dan penerbit album dari Indonesia, Melly Goeslaw kelihatan susut dan penurunan berat badannya menjadi pertanyaan ramai peminat mahupun rakan artis.
Ramai yang bertanya produk apa yang Melly gunakan.
Menjawab persoalan semua, Melly telah memuat naik satu hantaran di Instagram dan mengakui mengalami penurunan berat badan setelah mendapat konsultasi dengan doktornya, Cissie Nugraha seminggu sekali.
“Saya harap semua sudah faham. Tak perlu saya menyebut mana-mana produk yang menggunakan nama saya, seolah-olah saya kurus kerana menggunakan produk tersebut,” ujarnya.
Melly kemudian berkata, “Saya bersyukur jika saya berupaya meningkatkan jualan perniagaan orang lain, tetapi saya lebih bersyukur jika semua pihak yang berniaga boleh memilih langkah yang lebih baik tanpa perlu membohongi pembeli.”
Menurut Melly lagi, dia tidak pernah menimbang berat badan kerana apabila dia mula menimbang, berat badannya akan terus meningkat naik. Sejak itu, dia memutuskan untuk tidak lagi memakai alat timbang berat badan.
Penyanyi runut bunyi Ada Apa Dengan Cinta itu turut berkongsi ukuran bajunya yang dulu bersaiz XXL tetapi kini menjadi M.
“Kebetulan kalau saya ke Dr Cissie, pesakit-pesakit yang ke sana itu bukan hantu, mereka semua manusia. Jadi, mereka melihat saya secara langsung, bukan dari foto,” jelasnya lagi.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]