
Ibubapa mana yang tidak ingin memberikan yang terbaik buat anak-anak mereka. Begitu juga dengan pasangan Putera Charles dan Puteri Diana.
Tetapi keputusan Putera Charles ingin menghantar anaknya William waktu itu berusia lapan tahun, ke sekolah berasrama telah membuatkan Puteri Diana mengalirkan air mata.
Menurut seorang komentator kerajaan Inggeris, Puteri Diana telah dilihat menangis ketika dia menghantar puteranya ke sekolah berasrama dahulu, lapor Express UK.
Christine-Marie Liwag Dixon, penulis The List, mengatakan keputusan Putera Charles memaksa puteranya meneruskan tradisi kerajaan Inggeris itu telah membuatkan Puteri Diana mengalirkan air mata.
Ini kerana dia tidak membenarkan puteranya itu meninggalkan rumah begitu cepat.
Namun, seperti kebanyakan putera raja lain, William perlu dihantar ke sekolah asrama di usia muda. Pengalaman itu dikatakan menjadi sukar buat Putera William pada awalnya.
Kejadian itu dicatat dalam buku ‘Prince William: A Biography’. Calon raja dihantar ke Sekolah Ludgrove ketika dia baru berusia lapan tahun.
“Walaupun ibunya, iaitu Puteri Diana, enggan menghantarnya pergi, tetapi Putera Charles, tetap ingin meneruskan tradisi keluarga dengan menghantar anaknya ke sekolah berasrama,” ujar Marie Liwag.
Menurutnya lagi, William begitu sepi dan sangat merindui keluarganya.
“Diana dikatakan menangis ketika dia menghantar William ke sekolah.
Walaupun putera itu merindui rumahnya dan mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan barunya, William akhirnya terbiasa berada jauh dari rumah, walau sesekali dia nampak masih merindukan keluarganya.
Sementara Diana sering menulis surat kepada anaknya, dan dia dilaporkan mengirim surat-suratnya ke My Darling Wombat ‘. Setelah ke Ludgrove, William kemudian melanjutkan pelajaran ke Eton College.
Ini bertentangan dengan tradisi keluarga yang menghantar anak-anak diraja ke Gordonstoun.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]