Paris Hilton jalani IVF untuk dapat bayi kembar

Paris Hilton jalani IVF untuk dapat bayi kembar

Hilton berharap akan dikurniakan anak kembar lelaki dan perempuan.

Hilton sudah mempunyai nama untuk bayi-bayi tersebut. (Gambar Facebook)

Artis Hollywood Paris Hilton, 39, mengaku dia kini dalam proses melakukan proses rawatan kesuburan in-vitro (IVF) untuk mendapatkan cahaya mata kembar.

Sewaktu ditemubual dalam program ‘The Trend Reporter with Mara’, Hilton mengatakan dia berharap akan dikurniakan anak kembar lelaki dan perempuan.

Menurut Hilton, dengan proses IVF ibubapa boleh memilih embrio yang ingin mereka gunakan namun harus membayar kos rawatan tambahan.

“Memandangkan ia IVF maka anda boleh memilih samada inginkan anak lelaki atau perempuan,” ujarnya.

Namun, kenyataan Hilton itu mendapat reaksi dari warganet yang rata-rata tidak setuju dengannya.

“Ramai yang melakukan IVF untuk memiliki embrio sihat, bukan hanya untuk memilih kelamin bayi,” kata seorang netizen.

Malah, menurut pakar memilih embrio berdasarkan jenis kelamin adalah sukar dan ia agak mahal dan tidak menjamin keberkesanan dan proses tersebut dinamakan Diagnosis Genetik Preimplimentasi atau “Preimplantation Genetic Diagnosis” (PGD).

Proses tersebut juga bukan jaminan embio akan menjadi janin. Selain itu, memilih jenis kelamin bayi juga telah lama menjadi perdebatan di kalangan pakar perubatan.

Di samping itu, Hilton turut mengatakan bahawa dia dan kekasihnya Carter Reum mempunyai perancangan untuk berkahwin.

Malah, mereka turut teruja untuk mendapatkan bayi kembar dan sudah mempunyai nama untuk bayi-bayi tersebut.

“Saya begitu teruja untuk melangkah ke peringkat seterusnya dan Reum adalah lelaki yang tepat untuk menyempurnakan kehidupan saya,” katanya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.