Sejak pandemik, David Beckham jadi ‘tukang masak’ di rumah

Sejak pandemik, David Beckham jadi ‘tukang masak’ di rumah

Semasa pandemik ini, Beckham lebih suka memasak sendiri kerana ingin memastikan keluarganya mendapat makanan yang sihat dan bersih.

Selain memasak, Beckham turut menghabiskan waktunya dengan bersukan. (Gambar Instagram)

Sejak dulu lagi, bekas pemain bolasepak pasukan Inggeris, David Beckham memang suka memasak. Tetapi sejak pandemik, waktunya banyak terluang dan dia mengisinya dengan memasak pelbagai menu menarik.

Semasa pandemik ini, Beckham lebih suka memasak sendiri kerana ingin memastikan keluarganya mendapat makanan yang sihat dan bersih.

Dia juga dikhabarkan sudah mulai menjalani pola makanan sayur-sayuran.

“Anak-anak saya sangat suka ramen sayuran, pasta, dan spaghetti.

“Sementara, Victoria lebih suka ikan kukus atau ikan bakar yang digabungkan bersama sayur-sayuran,” ujarnya.

Di samping memasak, Beckham turut aktif bersukan. Malah, dia mengakui senang berada bersama-sama orang-orang yang suka bersukan dan membuatkan dia berminat untuk selalu melakukan jenis sukan yang berbeza-beza.

“Saya selalu ingin mencuba sukan yang berbeza kerana saya mudah bosan dengan hanya dengan satu jenis olahraga saja,” ujarnya.

Di waktu pandemik ini, Beckham lebih banyak menghabiskan waktu mengurus anak-anaknya yang masih sekolah dalam talian di rumah.

Di waktu petang, dia akan mengajak anak-anaknya berjalan kaki, berbasikal atau berlari bersama-sama.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.