
“Tidak ada siapa pun yang tidak mempunyai perasaan untuk berkahwin. Saya memang ada keinginan untuk itu cuma belum ada jodoh. Sekiranya ada wanita yang tepat dan keluarga masing-masing merestui, saya akan terus berkahwin,” ujarnya.
Menurut Zizan, dia tidak mahu membuang masa berkenalan dalam tempoh yang lama.
“Saya tidak mahu membuang masa dengan keluar ‘dating’ dan sebagainya,” katanya lagi.
Malah, Zizan turut mengakui mempunyai ramai kenalan wanita namun tidak terfikir untuk mengenali mereka dengan lebih dekat kerana tidak mahu merosakkan persahabatan yang telah terjalin.
“Tipulah kalau saya katakan tiada kawan wanita dan terdetik perasaan suka. Tetapi saya lebih pentingkan soal persahabatan dan takut ia akan merosakkan perhubungan jika cuba berkawan lebih jauh.
“Saya takut hubungan itu tidak jadi dan persahabatan hancur, akhirnya jadi kawan sahaja,” jelasnya lagi.
Zizan turut berkata, “Saya pernah menyerahkan soal jodoh kepada keluarga dan emak pernah beritahu dia suka seorang gadis. Saya cuba berkenalan tetapi kemudian saya terfikir, bagaimana nak kahwin kalau tiada perasaan.
“Usia saya sudah 36 tahun dan jika saya ingin memperjudikan kehidupan saya kepada orang yang saya tidak cintai, susah juga,” katanya.
Menurut Zizan, dia kini sibuk menghabiskan masa dengan perniagaan dan Zizan sedang menumpukan perniagaan snek jenama Dorylicious bersama rakan kongsi, Nabil Ahmad dan Achey.
Zizan berharap perniagaan baharu yang diceburi ini dapat membantu orang ramai yang terjejas akibat pandemik Covid-19 dengan menjadi agen beliau.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]