BTS hanya mahu ‘tidur’ bukan cinta

BTS hanya mahu ‘tidur’ bukan cinta

Kerana terlalu sibuk dengan aktiviti seni, ketujuh-tujuh anggota BTS ini tidak mempunyai masa untuk bercinta.

BTS ingin memfokuskan cinta mereka kepada peminat mereka, ARMY. (Gambar AFP)

Percintaan artis memang menjadi perhatian ramai, begitu juga kumpulan popular BTS sewaktu ditemuramah oleh Dave Holmes dari Esquire.

Pertanyaan Dave; “Apakah kamu sedang bercinta dan punyai waktu untuk ini? Bolehkan kamu mempunyai teman wanita?”

Mereka dengan serentak menjawab ‘tidak’!

Bagi ahli termuda kumpulan tersebut, Jungkook mengatakan apa yang paling mereka inginkan pada waktu ini adalah tidur, bukan mempunyai teman wanita.

“Perkara paling penting bagi kami pada saat ini adalah tidur,” ujar Jungkook.

Kemudian, Suga pula berkata, kerana kurang tidur lingkaran hitam di matanya jelas kelihatan.

Sememangnya perkara ini membuktikan kerana begitu sibuk dengan aktiviti seni, ketujuh-tujuh anggota BTS ini tidak mempunyai masa untuk bercinta.

Kim Nam-Joon, pula mengatakan bahawa jika kehidupan boleh berputar, cinta mereka hanya akan difokuskan kepada peminat mereka iaitu ARMY (Adorable Representive Mc of Youth).

“Kehidupan cinta kami, 24 jam, tujuh hari dalam seminggu, bersama dengan ARMY di seluruh dunia,” ujar ketua kumpulan ini.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.