
Penyanyi Jennifer Lopez (J.Lo) sememangnya mempunyai hubungan yang sangat istimewa dengan ibunya, Guadalupe. Malah, hubungan J.Lo dengan adik beradiknya juga amat rapat.
Ini terbukti pada perayaan “Thanksgiving” minggu lalu, walau dalam kesibukan, J.Lo masih sempat berkunjung ke kediaman orang tuanya di New York.
J.Lo ingin meluangkan masa bersama kaum keluarganya.
Penyanyi yang dibesarkan di Bronx, New York itu kemudiannya berkongsi momen bahagia bersama keluarganya di Instagram Story.
Antara gambar yang menarik perhatian pengikutnya adalah sekeping gambar bersama ibunya, Guadalupe. Wajah keduanya sangat mirip dan kelihatan tersenyum.
Perbezaan hanya dilihat pada penampilan yang mana J.Lo mengenakan blaus “one shoulder” berwarna putih dengan kuntuman bunga melekat di dada manakala Guadalupe pula mengenakan “dress” hitam bermotif.
Kedua-duanya tampak anggun dan dari raut wajah mereka tampak seperti adik dan kakak. Ternyata kecantikan keduanya sentiasa memukau.
Malah, J.Lo, 51 turut menggambarkan ibunya sebagai orang yang “fun” dan berjiwa muda.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]