Pistol filem pertama James Bond akan dilelong

Pistol filem pertama James Bond akan dilelong

Ia merupakan antara sebahagian barangan lelong pada acara Icons & Idols Trilogy: Hollywood anjuran Julien's Auctions yang akan diadakan pada 3 Disember ini pada harga sekitar RM620,000 hingga RM827,000.

Dr No, filem James Bond pertama yang mengangkat nama Sean Connery. (Gambar Instagram)

Los Angeles: Pistol model Walther PPK yang pernah digunakan oleh mendiang Sean Connery sebagai prop dalam filem James Bond pertama, Dr No pada 1962 akan dilelong.

Ia merupakan antara sebahagian barangan lelong pada acara Icons & Idols Trilogy: Hollywood anjuran Julien’s Auctions yang akan diadakan pada 3 Disember ini pada harga sekitar RM620,000 hingga RM827,000.

Pistol yang sudah dinyahaktif berkenaan menjadi prop ikonik dan nilainya dikenal pasti BAPTY. BAPTY juga adalah pemegang pistol itu selepas dilelong pada 2006.

Keputusan melelong pistol terbabit dibuat selepas Connery meninggal dunia pada 30 Oktober lalu pada usia 90 tahun.

Connery membintangi beberapa siri James Bond antaranya From Russia With Love, Goldfinger, Thunderball, You Only Live Twice, dan Diamonds Are Forever.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.