2 drama hebat bersiaran Oktober ini

2 drama hebat bersiaran Oktober ini

Ia adalah satu berita yang menggembirakan buat penggemar drama melayu.

Drama Hati Yang Tersakiti.

Kuala Lumpur: Dua drama hebat TV3 akan bersiaran di Viu Oktober ini apabila Primeworks Studios dan Viu, peneraju perkhidmatan penstriman video OTT (over-the-top) serantau, menandatangani kerjasama perkongsian kandungan yang menyaksikan dua (2) drama Melayu yang mendapat kedudukan teratas di TV3 masa kini bersiaran di platform penstriman video terkemuka ini.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad, Dato’ Iskandar Mizal Mahmood, “Ini merupakan satu lagi kejayaan besar bagi kami. Kerjasama seperti ini sangat penting supaya kami dapat mengikuti perubahan kehendak, citarasa dan aliran penonton masa kini serta secara tidak langsung membolehkan kami berkembang dan menjejak khalayak baru yang berpotensi,” jelasnya.

Dua (2) drama terpilih yang ditayangkan secara percuma dan eksklusif di Viu

“Hati Yang Tersakiti” adalah sebuah drama yang sarat dengan emosi mengisahkan mengenai perkahwinan pasangan suami isteri Mona dan Haris yang bahagia mula bermasalah apabila sahabat baik Mona, Farah yang baru bercerai menumpang tinggal bersama pasangan itu. Farah menjadi cemburu dengan kebahagiaan rakannya dan mula menggoda Haris. Dapatkah Haris mengelak dari berperasaan terhadap Farah? Dapatkah Mona menghidu apa yang berlaku di belakangnya?

“Hati Yang Tersakiti”, drama bersiri 15 episod yang bersiaran di slot Samarinda, mula bersiaran di Viu secara percuma dan eksklusif dari 15 Oktober hingga 10 November 2020, menampilkan pelakon-pelakon hebat iaitu Remy Ishak, Nad Zainal, Mimi Lana

Drama Lelaki Lingkungan Cinta.

Manakala drama “Lelaki Lingkungan Cinta” merupakan adaptasi dari novel mengisahkan mengenai pasangan remaja Esya dan Adib yang berkahwin di usia muda ketika masih belajar di kolej. Pada mulanya, Esya khuatir untuk meneruskan perkahwinan namun Adib yang terkenal dengan kenakalannya berjaya merayu dan meyakinkan Esya yang dia akan berubah dan mengubah cara hidupnya.

Bagaimanakah kesudahan drama Lelaki Lingkungan Cinta?

Malangnya, rakan mereka, Zamri, mencemburui hubungan suami isteri ini dan mula membuat perancangan untuk memutuskan hubungan mereka. Zamri menyebarkan khabar angin tentang Esya yang membuat Adib mempersoalkan isterinya. Mungkinkah kebenaran akan terungkap dan menyatukan kembali dua hati ini?

Manakala, kesemua 13 episod drama “Lelaki Lingkungan Cinta” dari slot Lestary pula boleh ditonton di platform OTT Viu bermula 21 Oktober, menampilkan pelakon-pelakon hebat iaitu Naim Daniel, Shasha Abedul, Ismail Izzani, Shalma Eliana, Ruhainies, Rozita Che Wan.

Langgani Viu untuk menonton rancangan premium tanpa iklan dari Korea, Indonesia, Malaysia, Thailand dan negara-negara Asia yang lain. Dapatkan potongan 40% pada bulan pertama (RM 8.00 melalui Google Pay dan RM 7.90 melalui Apple Pay) dengan melanggan Viu Premium.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.