Pakar jumpa tandas berusia 2,700 tahun

Pakar jumpa tandas berusia 2,700 tahun

Pihak Berkuasa Antikuiti Israel berkata tandas batu kapur yang halus dan berukir itu adalah lambang kekayaan masyarakat ketika itu.

Tandas itu dijumpai di sebuah kabin berbentuk empat segi tepat yang merupakan sebahagian daripada sebuah rumah agam yang menghadap Kota Lama. (Gambar Yoli Schwartz/Israel Antiquities Authority via AP)

Ahli arkeologi Israel telah menemui tandas purba yang jarang ditemui Jerusalem dipercayai berusia lebih dari 2,700 tahun.

Menurut pengkaji, memiliki bilik mandi peribadi ketika itu adalah satu kemewahan di kota suci itu.

Pihak Berkuasa Antikuiti Israel berkata tandas batu kapur yang halus dan berukir itu dijumpai di sebuah kabin berbentuk empat segi tepat yang merupakan sebahagian daripada sebuah rumah agam yang menghadap Kota Lama.

Ia direka dengan tempat duduk selesa, lengkap dengan tangki septik dalam yang digali di bawahnya.

“Sebuah tandas peribadi pada zaman dahulu sukar diperoleh pihak antikuiti, dan hanya beberapa yang ditemui setakat ini,” kata pengarah penggalian, Yaakov Billig.

“Hanya orang kaya yang mampu memiliki tandas peribadi,” katanya, sambil menambahkan bahawa seorang rabi terkenal pernah berkata bahawa kaya membawa maksud “mempunyai tandas di sebelah mejanya.”

Tulang haiwan dan tembikar yang ditemui di dalam tangki septik tersebut menjelaskan gaya hidup dan diet masyarakat pada masa itu, selain penyakit purba, kata pihak berkuasa antikuiti.

Ahli arkeologi turut menemui batu dan tiang dari zaman itu, dan mengakui terdapat bukti kewujudan taman dan dusun buah-buahan selain tanaman akuatik.

Ia lebih membuktikan bahawa mereka yang tinggal di sana adalah kaya-raya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.