Wow! Pengantin perempuan jemput pengantin lelaki naik motor besar ala rockstar

Wow! Pengantin perempuan jemput pengantin lelaki naik motor besar ala rockstar

Pengantin perempuan dalam video itu dilihat mengenakan lehenga merah (baju pengantin), perhiasan perkahwinan dan kaca mata hitam.

Pengantin yang dikenali sebagai Drishti Saini itu kelihatan cukup selesa dan tiada masalah mengendalikan motosikal walau mengenakan lehenga. (baju pengantin)

Sekiranya ada satu perkara yang boleh dianggap penyelamat atau ‘escapism’ pada waktu sukar ini terutama dengan penularan pandemik Covid-19, ia tidak lain dan tidak bukan, menonton video yang tular di media sosial.

Malah tidak dapat dinafikan, antara video tular yang menjadi kegemaran warganet adalah video perkahwinan.

Entah mengapa, dari keberangkatan masuk pasangan mempelai hingga ke upacara pengantin perempuan menuju ke sasural (kediaman mentuanya), adalah antara video yang cukup digemari warganet akhir-akhir ini.

Jika dulu, pengantin perempuan beragama Hindu akan diarak masuk bersama saudara-maranya, sebaliknya pengantin kini lebih mengimpikan gimik yang lain dari yang lain serta unik.

Seperti satu video yang sedang tular di media sosial ketika ini, hanya kerana gimik keberangkatan masuk pengantin perempuan itu yang cukup mengagumkan dan hebat.

Dalam video itu, seorang pengantin perempuan di India, dilihat menunggang sebuah motosikal besar tidak ubah seperti bintang rock.

Pengantin itu dilihat mengenakan lehenga perkahwinan berwarna merah dengan perhiasan perkahwinan dan berkaca mata hitam. Apa yang menariknya, pengantin perempuan itu langsung tidak kekok mahupun berdepan masalah untuk menunggang motosikal tersebut walaupun mengenakan lehenga.

Malah dia sempat menghirup udara segar ketika menunggang sehingga selamat sampai ke pavilion perkahwinan (mandap). Dengan kata lain, pengantin wanita yang
hebat itu kelihatan cantik, anggun dan memukau. Namun, pada masa yang sama ia sebenarnya boleh membahayakan nyawa.

Video tersebut telah dikongsi di akaun Instagram milik pengguna witty_wedding. Menurut keterangan video yang bertajuk “Menjemput pengantin lelaki saya”, pengantin perempuan itu dikenali sebagai Drishti Saini.

Sehingga artikel ini disiarkan, video tersebut telah disaksikan lebih 850,000 warganet.

Gaya unik pengantin perempuan terbabit turut mencetus pelbagai reaksi dalam kalangan warganet di media sosial. Ada yang memuji tidak kurang pula yang bimbang akan keselamatannya.

“Ini bukan sesuatu yang hebat! Memakai lehenga sambil memandu adalah sesuatu yang berbahaya.” kata warganet dikenali aaddiittii_.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.