
Kontroversi tentang isteri Putera Harry, Meghan Markle sedang menjadi topik hangat, dan terbaru mengenai wawancaranya bersama hos terkenal, Oprah Winfrey.
Kali ini Socantik bukanlah mahu mengupas topik mengenai kehidupan Duke dan Duchess of Sussex itu sebaliknya tentang peraturan kecantikan keluarga Diraja yang tidak boleh dilanggar.
Anda pasti tidak pernah nampak wanita daripada keluarga Diraja Britain dan negara monarki (sistem pemerintahan beraja) lain di dunia yang mengenakan solekan berlebihan atau terlalu ekstrem.
Sebenarnya, ada sebab kenapa wujudnya peraturan begitu, antaranya bagi menjaga etika dan tatasusila sebagai wanita yang menjadi sebahagian pemerintahan Diraja. Demi menjaga status sosial mereka di mata rakyat.
Namun, Meghan Markle sering menjadi sasaran kritikan kerana dilihat seperti melanggar protokol atau etika yang ditetapkan.

Bukan mudah menjadi sebahagian wanita dalam keluarga Diraja. Bermula daripada pemilihan warna cat kuku, gaya mekap, hingga dandanan rambut, semua sudah diatur pihak istana.
Namun, berbeza dengan birasnya iaitu Kate Middleton dan sosok wanita dalam keluarga Diraja lain, Meghan Markle dikatakan beberapa kali kerap melanggar aturan tersebut.
Pendek kata menjadi seorang puteri raja tidak seindah yang dibayangkan. Banyak protokol atau aturan yang harus dipatuhi sama ada rela atau tidak.
Mari semak 7 peraturan kecantikan yang wajib dipatuhi wanita Diraja menurut beberapa sumber.
1. Gincu berwarna terang

Anda tidak akan pernah melihat seorang wanita dari keluarga Diraja mengenakan gincu berwarna terang. Mereka dikatakan dilarang memakai warna merah atau terang.
Menggunakan warna lain selain merah jambu dan nude dianggap tidak sesuai. Salah satu kelebihan peraturan ini ialah wanita-wanita Diraja ini tidak akan terkena gincu pada gigi mereka.
2. Kuku perlu kemas, pendek dan tidak boleh dicat terang

Lupakan cat kuku berwarna merah terang, hitam, ungu, atau coklat kerana mengecat kuku dengan warna-warna terang dan berani tidak dibenarkan.
Mereka hanya dibolehkan menggunakan warna merah muda seperti yang dilakukan oleh Ratu Elizabeth II sepanjang hidupnya. Wanita Diraja juga lebih suka membiarkan kuku pendek dan mengecatnya dengan warna nude.
3. Solekan mata tebal tidak dibenarkan

Berpenampilan penuh glamor? Tidak mungkin malah, anda tidak akan melihat wanita-wanita ini memakai bulu mata palsu, pembayang mata bersayap atau solekan mata “smokey”.
Rias mata Diraja biasanya terdiri daripada sedikit pembayang mata dan maskara.
4. Rambut perlu didandan dan digaya kemas

Protokol Diraja membenarkan gaya rambut yang sederhana dan kemas. Sebagai contoh, Dutchess of Cambridge, Kate Middleton, mempunyai gaya rambut yang kemas dan terjaga rapi.
Sanggul ballerina yang tidak kemas, berminyak, atau rambut kusut adalah dilarang 100%.
Meghan Markle sering dilihat menggayakan sanggul yang tidak kemas dan menerima kritikan kerana melanggar peraturan yang satu ini.
5. Pemakaian topi wajib untuk acara formal
Menurut kod pakaian Diraja, topi diwajibkan untuk semua jenis acara rasmi termasuk majlis perkahwinan dan Krismas.
Mahkota hanya boleh dipakai oleh Ratu atau Raja manakala tiara sesuai dipakai pada majlis “full dress”. Selalunya, tiara dipakai pada hari perkahwinan.
6. “Contouring” berlebihan pada wajah tidak dibenarkan

Sama dengan riasan mata dan bibir, mekap pada bahagian wajah juga tidak boleh berlebihan misalnya “contouring” yang tajam atau “foundation” tebal.
Lebih dahsyat, aturan ini juga berlaku bagi wanita Diraja pada hari perkahwinan. Tidak hairanlah jika mekap dikenakan pada hari istimewa itu lebih banyak menggunakan gaya ‘no makeup’ mekap.
7. “Touch-up” solekan di tempat awam tidak dibenarkan
Menurut etika kosmetik, tidak sopan untuk memakai mekap di tempat awam, walaupun hanya sentuhan cepat dengan bedak padat atau gincu.
Bagaimana pun, wanita Diraja dilarang sama sekali melakukan perkara itu! Jelas menunjukkan, tindakan “touch-up” mekap dianggap tidak berkelas atau elegan.
Bagaimana, sanggupkah anda meninggalkan sesetengah daripada tabiat biasa yang sering diamalkan seperti wanita Diraja ini?
SoCantik.my adalah sebuah portal berita kecantikan sosial diilhamkan untuk berkongsi pelbagai informasi serta berita terkini tentang dunia kecantikan, gaya hidup dan fesyen lokal mahupun antarabangsa.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]