
Siapa yang tidak sukakan coklat. Tapi macam mana kalau coklat itu datang dalam bentuk seekor paus yang cukup realistik? Sanggupkah anda menikmatinya?
Itulah hasil terkini chef pastri terkemuka dunia, Amaury Guichon yang kembali mengejutkan 4.2 juta pengikutnya di Instagram dengan sentuhan coklat berbentuk ikan paus seberat hampir 41 kilogram (kg).
Video berdurasi 2 minit 26 saat itu menunjukkan versi ‘laju’ proses tersebut sehingga paus terbentuk.
Menerusi perkongsian chef kelahiran Perancis yang berpangkalan di Las Vegas itu, paus seberat 40.8 kg itu disiapkan dalam masa empat hari menggunakan susu dan coklat gelap.
“Paus besar seberat 40.8kg disiapkan dalam masa empat hari menggunakan susu dan coklat gelap.
“Saya sukakan kulitnya yang kelihatan realistik,” kata Guichon dalam keterangan video tersebut.
Perkongsian yang ditonton hampir 700,000 kali di Instagram itu turut dibanjiri pelbagai maklum balas warganet yang kagum dengan sentuhan sakti Guichon.
“Saya terkesima menonton setiap videonya,” kata seorang pembaca.
“Hebat betul kerja kejuruteraannya,” komen seorang lagi.
Malah seorang lagi warganet turut mencadangkan “Lepas ini dia patut cuba bina kapal Titanic.”
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]