
Intuisi seorang wanita itu nyata tidak mengenal batas, ini kerana mereka seolah ‘mengetahui’ segala-galanya.
Namun, lelaki Thailand ini seperti ingin menguji teori itu, dan memutuskan untuk menyembunyikan wang tunai dari isterinya di dalam kereta.
Walaupun isterinya tidak dapat menghidu tindakan tersebut, nampaknya alam semesta seolah berkomplot untuk membongkar khazanah rahsia itu.
Dalam satu perkongsian di TikTok, seorang lelaki yang cuba menyembunyi wang secara rahsia dari isterinya berputih mata selepas wang itu dimakan tikus.
Dia dikatakan menyembunyikan wang tunai bernilai 45,000 Baht (AS$1,300) dari isterinya di dalam kereta miliknya.
Malangnya, wang tersebut lebih awal dihidu sekumpulan haiwan perosak yang terus memusnahkan sebahagian besar wang yang disembunyikan itu.
Akibatnya, lelaki ini dilaporkan kehilangan sekitar ฿ 35,00 (AS$1,000).
Dalam kata lain tikus itu berjaya merosakkan lebih daripada separuh wang yang disimpan, seperti yang digambarkan dalam klip yang disiarkan oleh TikToker, @ dyfo6zku7dh6, pada 6 Oktober 2021.
Apapun ia tidak termasuk jumlah kerosakan yang disebabkan oleh tikus ini pada kenderaan lelaki itu atau perkahwinannya.
Mujur pengulas seolah memberi gambaran yang dapat membantu keluarga ini untuk mengurangkan kerugian.
Difahamkan Bank of Thailand membenarkan pertukaran wang kertas yang rosak sekiranya memenuhi kriteria tertentu.
Sama ada kita bersetuju dengan tindakan lelaki ini atau tidak, hakikatnya kehilangan sejumlah wang simpanan akibat beberapa ekor tikus memang cukup menyedihkan.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]