
Sebuah video yang memaparkan perkongsian nasihat seorang kanak-kanak kecil mencetus tular dalam kalangan warganet.
Apa yang lebih mengagumkan adalah kebersahajaan cara anak itu mengeluarkan kata-kata berharga itu.
Video yang dikongsi di akaun Instagram @alongcameabby itu tertulis “Satu nasihat berguna dari Makcik Abby,” dan dipercayai milik kanak-kanak tersebut.
Ia antara lain menunjukkan Abby yang sedang duduk di atas lantai berhadapan apa yang kelihatan seperti rumah anak patung.
Sambil bermain dia ditanya satu soalan orang seorang dewasa, dan dia menjawab pertanyaan itu dengan cukup jelas dan nada suara yang tegas.
“Buat saja apa yang anda sedang usahakan, jangan dengar kata orang.
“Jangan fikir apa orang kata dan teruskan apa yang anda sedang usahakan,” nasihat Abby ringkas namun penuh bermakna.
Sejak dikongsi beberapa hari lalu, video itu menerima lebih 9,000 tanda suka dan angkanya terus meningkat.
Ia turut dikongsi semula orang ramai pihak di pelbagai platform media sosial. Apa yang pasti, banyak yang mahu dikongsikan warganet mengenai video kanak-kanak yang cukup mencetus inspirasi itu.
“Ok. Saya akan buat apa yang saya buat. Terima kasih,” kata seorang pengguna Instagram.
“Kalaulah dia dapat mengatakannya kepada setiap versi diri saya selama ini,” kata seorang lagi.
“Nasihat terbaik,” komen seorang lagi warganet.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]