
Tidak semua adiwira boleh terbang. Ada juga yang datang dalam bentuk seorang penghantar barangan.
Demikian kisah mengagumkan seorang penghantar barang yang sanggup memanjat ke tingkat tiga sebuah bangunan kediaman semata-mata untuk menyelamatkan seorang kanak-kanak yang tersangkut di belebas tingkap.
Video keberanian lelaki tersebut dirakam di bandar Gongyi wilayah Henan China pada 6 Oktober lalu.
Menerusi perkongsian di YouTube itu, kelihatan seorang kanak-kanak berusia empat tahun tersekat pada tingkap di tingkat tiga selepas kepalanya tersangkut di palang keselamatan.
Kelihatan juga jiran-jiran cuba membantu namun, seorang penghantar barang dikenali sebagai Li Kaichen yang kebetulan lalu di kawasan tersebut tidak berfikir panjang dan terus memanjat dinding luar bangunan tersebut tanpa sebarang peralatan bantuan.
Dia terus menyokong badan kanak-kanak yang tersangkut itu dari bawah sehingga neneknya pulang ke rumah dan menariknya semula ke dalam.
Menurut laporan, Li cuba untuk menolak kanak-kanak itu masuk ke dalam rumah namun tiada ruang untuknya menyokong dirinya sendiri agar tidak terjatuh.
Jadi dia terus menyokong kanak-kanak itu dari bawah untuk menyelamatkannya dari terjatuh.
Akhirnya, Li turut mendapat bantuan pasukan bomba untuk turun dengan selamat.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]