
Lapangan Terbang Antarabangsa Denver kecoh selepas seorang wanita tanpa seurat benang dilihat berkeliaran sambil berinteraksi dengan penumpang sekali gus menarik perhatian polis.
Wanita itu kelihatan seperti membawa botol air ketika berkeliaran dalam keadaan bogel, demikian mengikut rakaman dari video yang dikongsi rancangan CBS.
Ketika pegawai polis cuba mengawal keadaan dan berusaha meminta wanita itu untuk menutup tubuhnya, dia dilihat ketawa dan kemudian melarikan diri.
“Apa khabar? Awak dari mana? ” dia bertanya kepada pemerhati yang sedang merakam gelagatnya.
Menurut polis Denver, video itu dirakam pada 19 September sekitar jam 5 pagi di Pintu A-37.
Tidak lama kemudian polis lapangan terbang mengeluarkan laporan mengenai “seorang wanita yang mabuk dan berbogel.”
Pegawai “bertindak balas dan mengesan wanita itu sedang berkeliaran seolah mengalami masalah kesihatan.
“Wanita itu kemudian dibawa ke Hospital Universiti dengan ambulan berikutan mengalami masalah kesihatan yang belum dapat dipastikan.”
Menurut CBS, walaupun ada menerima salinan video tersebut, mereka memilih untuk tidak menyiarkannya kerana pihak berkuasa percaya wanita itu mengalami masalah mental pada ketika itu.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]