Sifat positif kanak-kanak pesakit gastroenteritis nyanyi penuh bersemangat undang tular

Sifat positif kanak-kanak pesakit gastroenteritis nyanyi penuh bersemangat undang tular

Video nyanyian Miguel memenangi hati warganet dan pantas tular.

Sebaik mendengar lagu kegemarannya dimainkan di televisyen dia mula menyanyi sambil memegang sudu sebagai mikrofon. (Gambar Twitter)

Bagi sesetengah orang, hospital boleh menjadi tempat yang sangat menakutkan, apatah lagi bagi seorang kanak-kanak.

Namun, lain ceritanya dengan seorang kanak-kanak yang tiba-tiba tular di media sosial kerana sikap positif yang tiada tara.

Dalam klip video dari Brazil yang tular itu, Miguel (nama kanak-kanak tersebut) dilihat menyanyikan lagu kegemarannya sambil memakai lampin pakai buang dengan sepenuh hati dan penuh semangat.

Sebaik mendengar lagu kegemarannya dimainkan di televisyen dia mula menyanyi dan berjoget di katil sambil memegang sudu sebagai mikrofon.

Miguel dimasukkan ke hospital akibat masalah gastroenteritis namun langsung tidak menunjukkan sebarang tanda takut atau gelisah.

Dalam sekelip mata dia menjadi inspirasi kepada orang ramai untuk bersyukur dan menikmati hidup walaupun dalam masa sukar. Kanak-kanak itu turut menyedarkan kita bahawa muzik mampu menyembuhkan segala penyakit.

“Walaupun berdepan masa sukar di hospital, kanak-kanak ini menyanyi dan menari! Miguel dimasukkan ke hospital minggu lalu akibat gastroenteritis namun itu tidak menghalangnya untuk menyanyi dan menari ketika lagu kegemarannya berkumandang di TV. Kini Miguel telah kembali ke rumah dan semakin sihat,” tulis keterangan perkongsian itu.

Video kanak-kanak kecil yang comel itu pantas tular di media sosial dengan lebih 6,000 tontonan sejak dimuat naik. Miguel berjaya memenangi hati warganet yang sangat menyukai sikapnya yang positif.

“Ini memang budak bertuah,” kata seorang pengguna.

“Muzik menyembuhkan setiap perkara secara harfiah,” komen seorang lagi.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.