Cinta punya pasal, habis bersih halaman rumah

Cinta punya pasal, habis bersih halaman rumah

Imej tular itu menunjukkan seorang pemuda leka menjawab telefon sambil mencabut rumput.

Imej Twitter yang dikongsi NAB @Sahiralzhar itu menunjukkan seorang pemuda yang sedang asyik bercinta di telefon sambil mencabut rumput.

Orang tua-tua dulu cakap, kalau rindu seseorang, tak dapat tengok tuan badan dapat tengok bumbung rumah pun jadilah.

Tapi dalam kes imej Twitter yang tular menerusi perkongsian Nab@Sahiralzhar ini, sudah lain tahapnya.

“Betul ke lelaki kalau dilamun cinta habis bersih halaman rumah,” komen lucu yang dicoret pada keterangan imej tersebut.

Menerusi perkongsian imej Twitter tersebut, seorang pemuda dilihat duduk di atas bangku kecil sambil berbual menggunakan telefon bimbit.

Bukan setakat berbual di telefon, malah pemuda berbaju kemeja T biru dan berseluar pendek itu turut mencabut rumput di tepi kediamannya itu.

Walaupun sudah hampir licin semua rumput-rumput itu dicabutnya, pemuda itu masih asyik masyuk melekat rapat di telefon sehingga mengundang pelbagai komen mencuit hati dalam kalangan warganet.

“Hahaha bangga parents (ibu bapa) kalau macam ni,” usik @TirahZzaini.

“Bersih halaman rumah,” kata @Bangsaul.

“Meh datang rumah saya, tolong cabutkan,” komen @nurfazilahhh pula.

“Hanya lelaki single (bujang) & terpilih mampu buat camni,” tegas @MGTimbreza pula.

“Hahaha aku bukan kata habis rumput rumah aku, pokok jiran sebelah pun aku tebang haha,” kata @jijo_GulaHatiMU melawak.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.