Wanita bunuh suami, kantoi jiran dengar letupan

Wanita bunuh suami, kantoi jiran dengar letupan

Wanita itu membunuh suaminya dengan bantuan teman lelaki, namun dikesan polis selepas berlaku letupan ketika cuba melupus mayat dengan asid.

Wanita itu meminta suaminya pulang ke rumah untuk sambutan Teej, sebelum membunuhnya dengan bantuan kekasihnya.

Seorang wanita di Bihar didakwa membunuh suami dengan bantuan kekasihnya, sebelum mengerat mayat dan mencurah asid untuk melupuskannya.

Apa yang mengejutkan, perbuatan mereka itu disedari orang ramai selepas berlaku satu letupan.

Kejadian berlaku berhampiran Balai Polis Sikandarpur Nagar, apabila Rakesh, 30, didakwa dibunuh oleh isterinya Radha dan kekasihnya Subhash. Pasangan itu turut dibantu kakak dan abang ipar Radha.

Untuk menyembunyikan bukti, Subhash terpaksa mengeratnya kepada beberapa bahagian. Subhash dan Radha kemudiannya cuba menggunakan bahan kimia untuk melupuskannya di sebuah pangsapuri yang disewa.

Penggunaan bahan kimia itu mengakibatkan satu letupan memaksa penghuni lain membuat laporan polis.

Sebaik polis tiba ke tempat kejadian mereka menemui cebisan mayat bertaburan di dalam rumah tersebut.

Difahamkan Rakesh menjalankan perniagaan arak secara haram dan sering diawasi polis. Oleh kerana itu dia sering bersembunyi dan meninggalkan isterinya.

Rakan kongsinya Subhash membantu menjaga isterinya namun akhirnya mereka jatuh cinta.

Ketua Balai Sikandarpur, Harendra Tiwari berkata kes bunuh itu telah dibuka terhadap isteri, kakak, abang ipar dan kekasihnya Subhash.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.