Suami cemburu tikam kepala, humban mayat jurulatih seks dari tingkat 13

Suami cemburu tikam kepala, humban mayat jurulatih seks dari tingkat 13

Perkongsian Mursalova di media sosial mendakwa suaminya cemburukan pendapatannya.

Rustam Mursalov mengakui membunuh isterinya, Alexandra Mursalova kerana cemburu.

Russia: Seorang pakar psikologi dan jurulatih seks, ditikam bertubi-tubi di kepala oleh suaminya sebelum mencampak mayatnya dari tingkat 13 sebuah bangunan.

Menurut laporan, Rustam Mursalov, 25, mengaku membunuh isterinya Alexandra Mursalova, 24, kerana cemburu.

Mursalova yang mempunyai dua anak bersama Mursalov seorang jurulatih peribadi, bekerja dengan pelanggan yang kaya di St Petersburg.

Seminggu lalu, Mursalova sempat berkongsi hal rumah tangganya yang berantakan di media sosial. Suaminya juga pernah mengugut untuk menikamnya dan anak mereka berusia tujuh dan dua tahun.

Namun, dia meyakinkan ribuan pengikutnya di media sosial keadaan akan kembali aman.

Media tempatan melaporkan, sebaik membunuh isterinya, Mursalov sempat pergi berjoging sebelum menyerah diri kepada polis.

Menurut sumber pihak berkuasa, selepas soal siasat dia mengakui merancang pembunuhan isterinya.

‘Dia menyediakan pisau dan menghantar anak-anak ke rumah saudaranya supaya mereka tidak menyaksikan pembunuhan kejam itu,’ kata sumber.

‘Pada malam 21 September, dia menunggu isterinya yang tiba dengan seorang lelaki.’ Mereka bergelut sebelum lelaki itu melarikan diri.

‘Ketika bersendirian dengan isterinya dia menikamnya 10 kali. Mayat Mursalova kemudiannya dicampak dari balkoni di tingkat 13, diikuti jaketnya yang berlumuran darah.

Mursalov kini ditahan sementara Suruhanjaya Siasatan Russia meneruskan siasatan ke atas pembunuhan itu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.