Polis Kolkata payung anjing dalam hujan sentuh hati warganet

Polis Kolkata payung anjing dalam hujan sentuh hati warganet

Imej itu pantas tular sehingga mengundang pelbagai komen penghargaan.

Polis Kolkata memuat naik imej seorang polis sedang menjaga lalul intas sambil memayungi dua ekor anjing dari hujan lebat di Twitter.

Warganet cukup tersentuh hati melihat kebaikan ditunjukkan seorang polis Kolkata ini. Tidak hairanlah tindakan sangat berperikemanusiaan itu tular di media sosial.

Dalam keterangan gambar yang dimuat naik di Twitter @KolkataPolice itu, ia berkata “Momen terbaik hari ini! Konstabel Tarun Kumar dari East Traffic Guard, berhampiran persimpangan Park Circus. #weCareWeDare,” tulis jabatan itu.

Imej itu antara lain memaparkan seorang polis yang sedang mengawal lalu lintas sambil memegang payung.

Apa yang sangat menyentuh hati dalam imej tersebut adalah dua ekor anjing turut sama berlindung di bawah payung tersebut.

Sejak dimuat naik di media sosial, ia menerima lebih 2,500 tanda suka dan jumlahnya semakin meningkat.

Ramai juga yang turut menghargai keluhuran hati polis tersebut dengan berkongsi komen-komen positif.

“Melaksanakan tugas dalam hujan lebat sambil memayungi haiwan lain, tabik kepada @KolkataPolice,” tulis seorang pengguna Twitter.

“Tabik saya kepada wira sebenar. Terima kasih KP,” kata seorang lagi.

“Comel sangat,” komen seorang pembaca.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.