Lelaki bunuh teman wanita, 3 kanak-kanak didakwa

Lelaki bunuh teman wanita, 3 kanak-kanak didakwa

Terri Harris ditemui mati bersama dua anaknya dan seorang rakan mereka.

Damien Bendall didakwa membunuh John Paul Bennett, Lacey Bennett, ibu mereka Terri Harris dan sahabat Lacey, Connie Gent.

Teman lelaki kepada seorang ibu yang ditemui mati bersama tiga kanak-kanak di sebuah rumah di Derbyshire kini didakwa dengan empat pertuduhan membunuh.

Damien Bendall, 31, yang menetap di Killamarsh di mana mayat itu ditemui turut ditahan di lokasi sama, Ahad lalu.

Dia didakwa melakukan pembunuhan ke atas Terri Harris, 35, anak-anaknya John Paul Bennett,13, dan Lacey Bennette, 11, serta sahabat Lacey, Connie Gent, 11. Difahamkan Connie bermalam bersama Lacey di kediaman tersebut.

Bendall dijangka dihadapkan ke mahkamah Majistret Southern Derbyshire di Derby pada Rabu.

Polis Derbyshire berkata empat mayat tersebut ditemui selepas polis menerima panggilan membabitkan keselamatan seorang lelaki pada jam 7.06 pagi waktu tempatan di alamat itu.

Polis turut mendedahkan bahawa lelaki terbabit dibawa ke hospital selepas didapati mencederakan diri sendiri.

Ketua Detektif, Inspektor Sally Blaiklock berkata, pihaknya turut merasai kepedihan dan kesedihan bersama keluarga Terri, John Paul, Lacey dan Connie serta seluruh komuniti yang terkesan dengan insiden tragik itu.

“Saya menyarankan kepada sesiapa yang punya sebarang maklumat mengenai insiden tersebut untuk bercakap dengan pegawai kami atau gunakan kaedah laporan dalam talian untuk berkongsi maklumat dengan yakin,” ujarnya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.