Bayar kereta guna 10 guni duit syiling, paksa penjual kira duit 3 jam

Bayar kereta guna 10 guni duit syiling, paksa penjual kira duit 3 jam

Lelaki yang berkecimpung dalam perniagaan tepung itu ingin membeli kereta berharga RM33,163 untuk anaknya.

Media China melaporkan, seorang lelaki di Zhoukou, wilayah Henan, China membeli sebuah kereta berharga 51,000 Yuan (RM33,163) dengan hanya menggunakan syiling.

Membeli kereta dengan membayar secara tunai bukanlah perkara luar biasa. Namun ‘menyusahkan’ penjual kereta untuk mengira kepingan syiling sebagai bayaran kereta, memang sesuatu yang pelik.

Rasanya tiada siapa akan menyangka seorang pelanggan itu akan membayar kereta secara tunai dengan menggunakan syiling, tapi lelaki ini melakukannya dengan selamba sehingga mengundang tular.

Media China melaporkan, seorang lelaki di Zhoukou, wilayah Henan, China membeli sebuah kereta berharga 51,000 Yuan (RM33,163) dengan hanya menggunakan syiling.

Seorang kakitangan pusat menjual kereta tersebut, Chen berkata lelaki yang bekerja dalam industri tepung itu membawa 10 guni tepung berisi syiling untuk membeli kereta buat anaknya.

Katanya, lebih 20 kakitangan terpaksa dikerah untuk mengira setiap syiling tersebut yang mengambil masa lebih tiga jam.

Menurutnya lagi, ia kali pertama perkara seperti itu pernah berlaku di pusat jualan kereta terbabit.

Sebahagian warganet cukup mengagumi kecekalan setiap kakitangan mengira wang syiling tersebut dan tidak kurang juga yang mencadangkan mereka menggunakan mesin pengira syiling.

“Kedai ini sangat bagus. Mereka sanggup mengira. Kalau saya tak sanggup,” komen seorang warganet.

“Bukan ke bank ada mesin pengira syiling. Ia lebih mudah,” kata seorang lagi pembaca.

“Selepas mengira syiling, mereka perlu ke bank untuk memasukkan wang, dan kakitangan bank akan mengiranya sekali lagi,” kata seorang lagi warganet.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.