Neelakurinji hanya mekar 12 tahun sekali

Neelakurinji hanya mekar 12 tahun sekali

Bunga ini boleh ditemui di Kerala, Karnataka dan Tamil Nadu.

Imej menunjukkan bunga Neelakurinji yang jarang dilihat, hanya berbunga sekali setiap 12 tahun. (Gambar Twitter)

Gambar sejenis bunga yang jarang ditemui menggemparkan warganet apabila ia dikongsi sebuah agensi berita di media sosial.

Imej tersebut menunjukkan sejenis bunga dikenali sebagai Neelakurinji yang berbunga hanya sekali setiap 12 tahun di bukit Mandalapatti, Karnataka, India.

Keterangan gambar dalam perkongsian itu antara lain berbunyi “Bunga Neelakurinji, yang berbunga hanya sekali setiap 12 tahun dilihat di bukit Madalapatti di daerah Kodagu”.

Ia dikongsi oleh agensi berita ANI sehingga tular di Twitter.

Gambar tersebut dikongsi dan mula tular sejak 18 Ogos lalu sehingga berjaya mengumpan lebih 14,000 tanda suka.

Warganet rata-rata meluahkan kekaguman selain ada yang mendakwa pernah melihatnya berbunga di kawasan lain.

“Strobilanthes kunthiana, atau lebih dikenali sebagai Kurinji atau Neelakurinji dalam bahasa Malayalam dan Tamil, adalah sejenis pokok renek yang ditemui di hutan di Ghats Barat di Kerala, Karnataka dan Tamil Nadu.

Kurniaan terindah alam semula jadi buat India,” jelas seorang warganet mengenai bunga itu.

“Wow, setiap 12 tahun? Apakah logik dan teori disebaliknya? Tolong jelaskan?” kata seorang lagi pengguna Twitter cuba merungkai misteri keunikan bunga tersebut.

“Terima kasih kerana memuat naik perkongsian ini di timeline saya yang agak hambar,” komen seorang lagi.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.