Hansle Parchment jejaki wanita bantu menang emas di Olimpik Tokyo

Hansle Parchment jejaki wanita bantu menang emas di Olimpik Tokyo

Atlet Jamaica yang memenangi pingat emas itu berkongsi video insiden tersebut di Instagram.

Imej menunjukkan pemenang pingat emas, Hansle Parchment bersama wanita yang membantunya.

Temasya sukan Olimpik Tokyo 2020 telah melabuhkan tirainya. Banyak momen suka duka yang terakam, menyentuh hati khalayak termasuk kisah atlet Jamaica, Hansle Parchment yang memenangi pingat emas dalam acara lompat pagar.

Kisahnya yang cuba menjejaki wanita yang membantu hingga dia sampai ke lokasi pertandingan tepat pada masanya mampu buat kita tersenyum.

Parchment sempat berkongsi di Instagram, video yang menceritakan bagaimana wanita itu membantunya dan detik dia bertemu kembali dengannya.

“Peringatan untuk kita sentiasa bersyukur, orang Jepun sememangnya baik hati. Terima kasih sahabat,” tulisnya.

Dia turut menghantar tag kepada wanita itu yang dikenali di Instagram sebagai Trijana.

Di awal video tersebut, Hansle menjelaskan bagaimana pada hari peringkat separuh akhir berlangsung, dia tersalah menaiki bas dan sedar jika dia mengambil bas yang betul pun, dia akan terlambat.

Ketika itulah seorang yang tidak dikenali mengambil keputusan membantunya dengan memberi wang untuk tambang teksi dan membantunya sampai ke stadium tepat pada masanya.

Pada akhir video tersebut, Hansle merakam pertemuannya dengan wanita itu untuk memulangkan wangnya, menunjukkan pingat emas yang dimenangi dan memberinya sehelai kemeja T.

Hansle turut menjelaskan, wanita itu menjadi antara elemen instrumental dalam membantunya memenangi pingat emas tersebut.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.