158 cebisan plastik dijumpai dalam perut penyu di Phuket

158 cebisan plastik dijumpai dalam perut penyu di Phuket

Penyu hijau sepanjang 28 sentimeter dan seberat tiga kilogram itu ditemukan dalam keadaan lemah di Pantai Kata di Phuket pada 23 Julai.

Doktor haiwan mendapati 158 cebisan sampah tersumbat dalam sistem pencernaan penyu, antaranya cebisan beg plastik, botol plastik dan serat tekstil. (Gambar Bernama)
BANGKOK:
Doktor haiwan Thailand menjumpai 158 cebisan sampah dalam perut seekor penyu yang diselamatkan di pulau peranginan Phuket.

Menurut Jabatan Sumber Laut dan Pantai penyu hijau sepanjang 28 sentimeter dan seberat tiga kilogram itu ditemukan dalam keadaan lemah di Pantai Kata di Phuket pada 23 Julai.

Penyu itu kemudian dibawa ke Pusat Penyelamat Haiwan Laut Terancam Sireetarn untuk rawatan.

“Penyu itu membuang najis sebanyak enam kali sepanjang pemulihannya.

“Doktor haiwan mendapati 158 cebisan sampah tersumbat dalam sistem pencernaannya, antaranya cebisan beg plastik, botol plastik dan serat tekstil,” menurut jabatan itu menerusi hantaran di akaun Facebooknya.

Pada 2020 Thailand di kedudukan kesepuluh dunia dalam kategori pembuangan sampah plastik ke laut, memetik data Institut Penyelidikan Pembangunan Thailand (TDRI).

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.