Pengantin lelaki cabut lari lihat pasangan rebah di upacara perkahwinan

Pengantin lelaki cabut lari lihat pasangan rebah di upacara perkahwinan

Video yang tular itu mengundang persoalan apa sebenarnya yang terjadi kepada pengantin perempuan.

Video yang tular ini menunjukkan seorang pengantin lelaki cabut lari sebaik pasangannya rebah ketika upacara sindoor.

Tidak dapat dinafikan, perkahwinan kaum India yang penuh adat istiadat dan berwarna-warni memang sarat dengan drama dan plot yang mendebarkan.

Pada musim perkahwinan kali ini, beberapa kisah lucu membabitkan pengantin lelaki dan wanita tular di internet, sekali gus menghiburkan warganet.

Satu daripada video yang tular di Instagram itu menunjukkan seorang pengantin lelaki yang cabut lari daripada lokasi perkahwinan ketika sedang melaksanakan upacara pemakaian sindoor (mengenakan tanda merah di rambut isteri).

Dalam video tersebut, kedua-dua mempelai dilihat duduk di pavilion perkahwinan bersama, dikelilingi sanak-saudara ketika upacara sindoor sedang berlangsung.

Bagaimanapun, tiba-tiba pengantin perempuan rebah ketika cuba meletakkan tanda itu di rambutnya.

Melihat pasangannya tidak sedarkan diri, pengantin lelaki terus meninggalkan lokasi itu walaupun cuba dihalang keluarga yang lain.

Dia turut melemparkan turban dan kalungan bunga dan kelihatan agak ketakutan dan terganggu.

Ramai wanita yang berkumpul di situ cuba memegang tangannya dan cuba menghalangnya dari melarikan diri, namun gagal.

Lebih 137,000 orang berkongsi dan memberi tanda suka kepada video ini. Seorang warganet secara berseloroh berkata, “Dia tidak mahu mengahwininya, lol.”

Ramai juga yang bingung dan tidak mengerti apa sebenarnya yang terjadi. Adakah pengantin perempuan sakit atau sangat letih? Mungkin warganet ada jawapannya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.