
Tuah ayam nampak dikaki tuah manusia pula boleh datang dalam pelbagai bentuk dan rupa.
Bagi seorang wanita di Berlin, Jerman tuahnya datang dalam bentuk tiket loteri bernilai AS$39 juta (RM164 juta).
Apa yang lebih menarik wanita itu langsung tidak sedar tiket loteri yang menang tempat pertama itu berada di dalam dompetnya sejak beberapa minggu lalu.
Menurut syarikat Lotto Bayern, wanita berusia 45 tahun itu adalah satu-satunya pemenang cabutan pada 9 Jun lalu.
Jelasnya, wanita yang tidak mahu dikenali itu berkata dia merasa pening setiap kali teringat mengenai tiket yang diletakkan di dalam dompetnya itu.
“Saya masih rasa pening bila memikirkan betapa cuainya saya membawa hampir 33 juta euro dalam dompet ini sejak beberapa minggu lalu,” ujarnya.
Difahamkan ibu kepada seorang cahaya mata itu sekadar memilih nombor rawak ketika membeli tiket loteri berharga 1.29 euro itu.
“Dia juga tidak mahu lagi membeli tiket loteri kerana kemenangan itu sudah lebih dari cukup buat suami,
anak perempuan dan dirinya,” kata syarikat itu memetik kata-katanya.
Selain mahu menyumbang lebih lagi untuk alam sekitar, wanita itu merancang menggunakan wang kemenangannya untuk menjalani hidup yang lebih sihat.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]