Wanita buat halaman GoFundMe minta dana bedah payudara

Wanita buat halaman GoFundMe minta dana bedah payudara

Esme ‘Lili’ Clemson membuat halaman GoFundMe untuk mendapatkan sumbangan bagi pembedahan mengurangkan saiz payudaranya

Esme ‘Lili’ Clemson, mengatakan mengalami pelbagai masalah dengan payudara yang besar. (Gambar Instagram)

Seorang wanita Britain meminta sumbangan orang ramai untuk menjalani pembedahan bagi mengurangkan ukuran payudaranya dengan membuat halaman GoFundMe.

Ia berikutan permintaannya untuk melakukan prosedur tersebut telah ditolak oleh Pusat Kesihatan National (NHS), sebuah perkhidmatan kesihatan yang dibiayai oleh kerajaan.

Menurut The Mirror, Esme ‘Lili’ Clemson, mengatakan bahawa ukuran payudaranya adalah 32JJ/K ketika mereka yang seusianya berukuran 32C.

“Payudara saya tidak ceria, kendur dan mempunyai banyak kesan regangan menjadikan ia tidak menarik,” ujar wanita dari Wolverhampton itu.

Dia juga menderita masalah kesihatan termasuk sakit belakang dan kelesuan serta menderita ditumbuhi jerawat pada payudara kerana terlalu besar.

“Kerana terdapat banyak kulit di sekitar dada saya, maka terkumpul peluh dan saya mendapat jerawat di kawasan tertentu,” ujarnya.

Selain kesakitan fizikal, Clemson juga mengalami tekanan perasaan akibat sering menjadi tumpuan di sekolah sewaktu berusia 13 dan 14 tahun.

“Ukurannya terus bertambah setiap tahun menyebabkan terdapat komen-komen menjelikkan dari beberapa rakan sekelas,” katanya lagi.

Clemson telah meminta NHS untuk mengurangkan saiz payudaranya sejak 2018 tetapi doktor berulang kali mengatakan kepadanya bahawa dia berlebihan berat badan dan di bawah usia 21 tahun.

Dia kemudian menurunkan berat badan dengan harapan akan menjalani pembedahan tahun ini tetapi pada bulan April lalu diberitahu bahawa BMInya masih terlalu tinggi.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.