Gara-gara pakai seluar jeans gadis dibelasah sampai mati

Gara-gara pakai seluar jeans gadis dibelasah sampai mati

Neha Paswan dipukul dengan kayu oleh datuk dan ahli keluarga lain kerana memakai jeans ketika upacara ritual.

Neha Paswan dipercayai dipukul sehingga mati kerana gemar memakai pakaian kebaratan.

Gara-gara gemar memakai seluar jeans semasa upacara keagamaan, seorang gadis berusia 17 tahun dibelasah sehingga mati oleh ahli keluarganya.

Neha Paswan dipercayai dipukul dengan kejam menggunakan kayu oleh datuk dan bapa saudaranya selepas perselisihan tercetus disebabkan pakaiannya yang kebaratan di utara negeri Uttar Pradesh, India.

Ketika bercakap kepada BBC, ibu mangsa, Shakuntala Devi Paswan berkata anaknya berpuasa pada hari kejadian.

“Disebelah petangnya, dia memakai jeans dan baju sebelum melakukan upacara ritual. Apabila datuknya menegur cara dia berpakaian, Neha menjawab jeans dibuat untuk dipakai, dan dia akan memakainya.”

Pergaduhan mula tercetus mengakibatkan anaknya diserang dengan kejam sehingga tidak sedarkan diri.

Bapa mertuanya kemudian memanggil beca untuk membawa Neha ke hospital.

“Mereka tidak benarkan saya ikut, jadi saya maklumkan kepada saudara lain untuk pergi ke hospital daerah mencarinya (Neha) tetapi gagal,” katanya.

Keesokan harinya, mayat Neha ditemui tergantung di jambatan sungai Gandak.

Satu kertas siasatan telah dibuka dan polis menahan datuk, bapa saudara, ibu saudara, sepupu dan seorang pemandu beca bermotor untuk disoal-siasat.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.