
Seorang lelaki dari California yang sebelum ini menolak suntikan vaksin dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 baru-baru ini.
Stephen Harmon dikatakan cukup lantang mengutuk kebaikan suntikan vaksinasi di dalam media sosial.
Pada Jun lalu, lelaki berusia 34 tahun itu menegaskan tidak akan sesekali mengambil vaksin untuk mengawal jangkitan Covid-19.
Malah, dia juga pernah mengatakan lebih mempercayai kitab Bible berbanding pakar kesihatan Amerika Syarikat, Dr Anthony Fauci.
Namun, sejak sebulan lalu, Harmon telah menerima rawatan akibat pneumonia dan Covid-19 di sebuah hospital sebelum meninggal dunia.
Harmon sebelum itu dilihat merakam gambarnya dengan bantuan oksigen di katil hospital sambil meminta orang ramai mendoakannya.
Melalui hantaran pada Rabu lalu, Harmon memberitahu dia memilih untuk diintubasi dan tidak tahu bila akan sedar semula.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]