Dua wanita kurung tujuh anak hingga kebuluran

Dua wanita kurung tujuh anak hingga kebuluran

Kanak-kanak berusia antara tiga dan tujuh tahun itu turut mengalami kekurangan zat serta selsema selain terdapat beberapa kesan luka pada badan masing-masing.

Pihak berkuasa berjaya menyelamatkan tujuh kanak-kanak yang diabaikan oleh ibu mereka.

Sungguh menyayat hati apabila tujuh kanak-kanak ditemui kebuluran dalam keadaan bogel selepas ditinggalkan terkurung dalam sebuah flet kotor oleh ibu mereka di Macapá, Brazil.

Kanak-kanak berusia antara tiga dan tujuh tahun itu turut mengalami kekurangan zat serta selsema selain terdapat beberapa kesan luka pada badan masing-masing.

Kejadian itu terbongkar selepas polis yang menerima maklumat orang awam membuat serbuan ke rumah terbabit dan menyelamatkan mereka.

Serbuan bersama perkhidmatan perlindungan kanak-kanak itu mendapati semua mangsa ditinggalkan di bawah jagaan ibu saudara mereka yang hanya berusia 13 tahun.

Pihak berkuasa kemudiannya mendapatkan bantuan penduduk untuk memotong pagar besi rumah berkenaan sebelum mangsa diberi rawatan lanjut.

Sebelum itu, remaja berkenaan dikatakan cuba memperdaya polis dengan menipu umur sebenarnya namun taktik itu gagal.

Katanya, dia diminta supaya memberitahu umurnya adalah 17 tahun sekiranya ditanya oleh anggota pihak berkuasa yang melakukan pemeriksaan.

Remaja itu memberitahu, dia menjaga anak kepada dua kakaknya yang masing-masing mempunyai tiga dan empat orang anak.

Menurut pihak berkuasa, rumah itu terlalu kotor untuk didiami selain tidak mempunyai bekalan air dan air minuman, makanan, peralatan memasak mahupun peti sejuk.

Selain itu, jurucakap perkhidmatan perlindungan kanak-kanak berkata, salah seorang daripada mangsa mempunyai masalah autism dan kini sedang diberi rawatan sepatutnya.

Susulan kejadian itu, pihak berkuasa cuba mengesan kedua-dua ibu kanak-kanak terbabit tetapi gagal sebelum mereka tampil untuk mengambil semula anak masing-masing.

Bagaimanapun, wanita itu hanya menunjukkan dokumen kelahiran bagi dua daripada tujuh kanak-kanak yang diselamatkan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.