Ingatkan wanita, rupanya lelaki

Ingatkan wanita, rupanya lelaki

Chiharu gemar memuat naik gambar-gambar seksi sehingga membuatkan ramai tertarik dan meraih pelbagai komen pujian.

Chiharu dengan gambar sebagai wanita dan gambar sebenarnya. (Gambar Youtube)

Youtuber atau Instafamous bagai satu tren kini, masing-masing cuba mencari konten dengan pelbagai aksi untuk mendapatkan pengikut.

Di Jepun, seorang Youtuber, Chiharu, 37, mempunyai puluhan ribu pengikut yang rata-rata sukakan pelbagai aksi dari kontennya.

Mana tidaknya, Chiharu gemar memuat naik gambar-gambar seksi sehingga membuatkan ramai tertarik dan meraih pelbagai komen pujian.

Dia yang mula berjinak-jinak sebagai Youtuber pada Disember 2020 dan dalam masa yang singkat dia mempunyai 20 ribu pengikut walau hanya memuat naik enam video sahaja.

Chiharu kerap mengunggah video seksi yang hanya menunjukkan bahagian tubuh atasnya. Malah, dia turut dikenali kerana ukuran payudaranya yang besar.

Tetapi, Chiharu tidak pernah menunjukkan wajahnya di kamera kerana dia sering memakai pelitup muka (mask) dan tidak pernah bersuara.

Namun, dalam meraikan jumlah pengikut yang mencapai 20 ribu, Chiharu mula rasa bersalah dan nekad untuk mengatakan perkara yang sebenar kepada pengikutnya.

Pada videonya yang diunggah 25 Mac, Chiharu muncul dengan jaket biru tua sambil menunjukkan wajah lelaki aslinya.

Tentunya pengakuan Chiharu membuatkan ramai pengikutnya terkejut. Tetapi dia cepat menerangkan alasan dia menipu selama ini.

Menurut lelaki ini, gajinya dipotong oleh majikannya kerana pandemi Covid-19. Malah, dia juga memberitahu mempunyai seekor anjing yang didiagnos mengidap kanser dan memerlukan pembiayaan yang mahal.

Alasan itulah yang membuatkan dia ingin menjadi Youtuber dan kerana sedar wanita cantik mudah mendapat perhatian. Lantas dia mengubah dirinya menjadi wanita dengan memakai rambut palsu serta payudara prostetik dari silikon.

Malah, dia membuat video itu tanpa pengetahuan isterinya.

Selepas penipuannya terungkai, dia menerima pelbagai komen dari netizen. Malah, ramai juga yang marah dan merasa tertipu sehingga jumlah pengikutnya turut menurun menjadi 18,300 orang.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.