Wanita bangga dengan tubuhnya walaupun diejek berlengan besar

Wanita bangga dengan tubuhnya walaupun diejek berlengan besar

Wanita berusia 29 tahun itu sudah memecahkan banyak rekod dan dia sudah memiliki tiga rekod dunia untuk “bench press” dan tiga rekod untuk “deadlift”.

Penampilan Nataliya sering menjadi bahan ejekan kerana dikatakan tidak feminin. (Gambar Instagram)

Jarang wanita berotot besar namun Nataliya Kuznetsova mempunyai tubuh berotot besar dan tegap kerana dia merupakan atlet bina badan di Moscow.

Wanita berusia 29 tahun itu sudah memecahkan banyak rekod dan dia sudah memiliki tiga rekod dunia untuk “bench press” dan tiga rekod untuk “deadlift”.

Dia juga mempunyai rekod memenangi 12 kejuaraan angkat berat di Eropah. Malah, dia turut memiliki ramai peminat di media sosial seperti Instagram.

Tetapi jelas penampilannya itu sering menjadi bahan ejekan kerana dikatakan tidak feminin.

Nataliya menceburi dunia “fitness” semasa remaja yang awalnya dia hanya ingin membentuk tubuh. Tetapi secara tidak sengaja dia telah jatuh cinta dengan angkat berat.

“Ketika pertama kali mengikuti pertandingan bina badan, saya berusia 14 dan masih kanak-kanak. Tetapi setelah memenangi kejuaraan itu, saya berfikir untuk terus melakukan aktiviti ini,” ujarnya.

Berikutan terlalu banyak latihan angkat berat, berat badan Nataliya turut berubah.

Pada awalnya wanita ini hanya memiliki berat 40kg tetapi kini ia mencapai 92 hingga 95kg.

Malah, bentuk tubuh dan penampilannya juga turut berubah.

Ukuran lengannya boleh mencapai sehingga 49cm, ukuran kaki 76.5cm manakala dada 128cm

Oleh kerana itu dia sering diejek dan dijadikan bahan ketawa oleh orang ramai.

“Ramai yang rasa, memiliki tubuh berotot amat tidak feminin,” katanya.

Namun, Nataliya langsung tidak mempedulikan ejekan tersebut malah dia begitu berpuas hati dengan penampilannya hari ini.

“Tak perlu fikirkan apa yang orang lain kata tentang tubuhmu. Fikirkan apa yang kamu ingin untuk dirimu sendiri dan tujuannya. Itu lebih penting,” ujar Nataliya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.