Sanggup namakan anak ‘Karantina Covidah Corona’

Sanggup namakan anak ‘Karantina Covidah Corona’

Tidak diketahui alasannya namun ketiga-tiga perkataan dari nama tersebut mengandungi unsur pandemik Covid-19.

Kad jemputan majlis aqiqah yang tertulis nama bayi tersebut. (Gambar Twitter)

Kesan Covid-19 kepada masyarakat bukan hanya meninggalkan normal baharu malah ada juga yang sanggup menamakan anak kelahiran mereka dengan nama pandemik ini.

Di Indonesia, seorang bayi perempuan telah dinamakan ‘Karantina Covidah Corona’ oleh kedua ibubapanya.

Tidak diketahui alasannya namun ketiga-tiga perkataan dari nama tersebut mengandungi unsur pandemik Covid-19.

Nama bayi unik tersebut diketahui apabila seorang warganet memuat naik kad jemputan majlis aqiqah bayi itu melalui akaun Twitter @subtanyarl lapor BeritaHits.Id.

Jelas tiga perkataan yang dipercayai nama bayi itu pada kad jemputan berserta doa.

‘Karantina Covidah Corona’, telah lahir putri kami yang pertama, Khamis 26 Mac 2020.

“Semoga menjadi anak yang solehah, selalu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, sentiasa berbakti kepada ibubapanya serta menjadi seorang yang berguna bagi agama dan masyarakat.”

Di akhir kad tersebut tertulis nama pasangan Supardi dan Lilis Yanti, yang dipercayai ibubapa kepada bayi tersebut.

Walaupun majlis itu telah berlaku pada tahun lepas namun apabila dimuat naik, ia menjadi tular dan menarik perhatian nitizen.

“Eh, serius ada nama begini” tulis seorang warganet.

“Kesian bayi ini dan kesian ibubapanya. Mungkin kurang pengetahuan tentang pentingnya nama anak,” ujar seorang lagi nitizen.

“Kesian, bukankah nama itu satu doa,” komen yang lain pula.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.