Majikan terbaik di dunia, belikan barangan mewah untuk pekerja

Majikan terbaik di dunia, belikan barangan mewah untuk pekerja

Abby sangat menghargai pekerjanya, kerana itulah dia sering memanjakan mereka dengan memberi hadiah yang mahal.

Abby Kheir, digelar bos terbaik di dunia. (Gambar Instagram)

Seorang pereka fesyen berasal dari Australia bukan hanya dikenali dengan sifat baik hati, bahkan dia suka memanjakan para pekerja dengan memberi barangan mewah kepada mereka sehingga dia disebut sebagai bos terbaik di dunia.

Abby Kheir seorang pereka fesyen berusia 42 tahun yang juga merupakan pemilik jenama Abyss by Abby yang sering digunakan oleh selebriti Hollywood.

Abby digelar bos terbaik di dunia kerana dia selalu memanjakan pekerjanya dengan memberi mereka baju, kasut dan beg tangan mewah. Malah, dia turut menaja tiket penerbangan kelas satu untuk mereka.

Menurut Abby, dia akan berusaha untuk menghargai wanita yang bekerja dengannya dengan memberikan mereka hadiah yang mahal.

“Membuatkan pekerja merasa bahagia di tempat kerja adalah satu perkara yang sangat penting buat saya. Mereka akan rasa dihargai.

“Saya sentiasa dekat dengan mereka, menghormati dan mengagumi mereka semua,” ujar Abby.

Bukan hanya membelikan barangan mahal, Abby turut memberikan waktu santai kepada pekerjanya dengan membayar spa untuk mereka. Malah dia turut mengajak mereka makan malam di tempat mewah.

“Di hari ulang tahun pembantu peribadi, saya mengajak dia menikmati makan malam di Los Angeles,” tuturnya.

Menurut Abby, pembantunya itu tidak pernah diraikan oleh keluarganya selama ini dan kerana itulah Abby membuat kejutan buatnya.

“Sebagai menghargainya, saya memberikan beg tangan dan kasut yang mahal serta tiket pelancongan ke Amerika Syarikat.

“Saya akan terus memberi kejutan buatnya selama dia bekerja dengan saya sebagai ganti hadiah hari ulang tahun yang tidak pernah diraikan dulu.

Bagi Abby kebahagian yang dinikmati pekerjanya amat penting agar mereka lebih kreatif, fokus dan inovatif dalam pekerjaan. Malah, suasana bekerja juga akan menjadi lebih mengembirakan.

Wanita ini juga memiliki 50 koleksi beg tangan mewah. Jika dihitung, nilai koleksi peribadinya bernilai 500,000 dolar Australia.

Di sebalik kisah majikan terbaik, Abby sebenarnya memulakan perniagaan dari sebuah kedai pakaian kecil yang dibukanya semasa berusia 21 tahun.

Hari ini, koleksi pakaiannya turut dipakai oleh selebriti terkenal antaranya Khloe Kardashian.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.