
Dilahirkan sebagai Lucile Randon pada 11 Februari 1904, Sister Andre mengatakan dia tidak menyedari bahawa dia telah dijangkiti virus korona yang telah menjangkiti 81 penghuni rumah persaraan di bandar tenggara Toulon itu dan membunuh 10 daripadanya.
“Saya diberitahu bahawa saya telah dijangkiti,” kata biarawati itu kepada AFP menjelang ulang tahunnya.
“Memang benar saya sangat letih, tetapi saya tidak menyedarinya.”
Menurut David Tavella, jurucakap rumah jagaan Sainte Catherine Laboure, wanita itu “mengalami tiga kali pengasingan: di kerusi roda, di biliknya dan tanpa lawatan.”
Jadi hari ulang tahunnya ini ‘menghidupkan’ kita semua,” tambahnya.
Sister Andre berkata bahawa dia tidak akan melakukan sesuatu yang istimewa untuk ulang tahunnya tetapi rumah itu merancang meraikannya.
Terdapat berbelas biarawati dan chef sibuk menyediakan pelbagai makanan kegemaran Sister Andre.
Dia mengatakan makanan kegemarannya adalah udang galah dan menikmati segelas “wain”.
“Saya minum segelas kecil “wain” setiap hari,” katanya.
Dilahirkan di Ales dalam keluarga Protestan, Sister Andre dibesarkan sebagai satu-satunya anak gadis di antara tiga bersaudara dan telah mengharungi dua perang dunia.
Salah satu kenangan terindah adalah kepulangan dua saudara lelakinya pada akhir Perang Dunia I.
“Jarang sekali, dalam keluarga, biasanya ada dua yang mati dan bukan dua yang masih hidup. Mereka berdua kembali,” katanya kepada AFP tahun lalu pada hari ulang tahun yang ke-116.
Sister Andre memeluk agama Katolik dan dibaptis pada usia 26 tahun. Dia menyertai biarawati Daughter of Charity pada usia 41 tahun.
Dia kemudian ditugaskan ke sebuah hospital di Vichy, di mana dia bekerja selama 31 tahun dan kemudian menghabiskan 30 tahun di rumah persaraan di Pengunungan Alps Perancis sebelum berpindah ke Toulon.
Menurut Gerontology Research Group, Sister Andre merupakan orang kedua tertua yang masih hidup setelah wanita Jepun Kane Tanaka, yang berusia 118 tahun.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]