
Gara-gara mempunyai masalah mengenal arah kiri dan kanan seorang wanita dari Australia ini membuat tato di tangannya.
D’Kodia Laine, mahasiswi dari jurusan komunikasi di sebuah universiti Australia mempunyai cara unik untuk membantunya membezakan arah kiri dan kanan.
“Ia sebenarnya hanya sebagai jenaka tetapi akhirnya sangat berguna untuk saya,” ujar Laine tentang tatonya.
Dia membuat tato dengan huruf L (kiri) dan R (kanan) di kedua-dua tangannya.
“Dengan membuat tato berhuruf ini membolehkan saya mengetahui arah dan tidak kelihatan bodoh,” ujarnya.
Wanita 23 tahun ini selalu diejek oleh rakan-rakannya kerana tidak boleh membezakan antara kiri dan kanan. Puncanya, dia salah memberi arahan dalam satu permainan kerana tidak dapat membezakan arah.
Seorang rakannya lalu menulis huruf L yang bermaksud (left) atau kiri dan huruf R (right) bermaksud kanan pada sarung tangannya.
Laine kemudian berasa tanda tersebut sangat membantunya dan dia bergurau akan mendapatkan tanda yang kekal untuk memudahkan hidupnya.
Dengan bantuan pereka tato Lauren Winzer, Laine akhirnya mendapatkan tato idamannya.
“Ia bukan hanya lucu tetapi sangat berfungsi. Kini, saya lebih mudah memandu dan rasanya masa depan saya lebih teratur” ujar Laine.
Rakan-rakan Laine turut tertarik dengan tato barunya hingga ramai yang mempunyai masalah yang sama terinspirasi dan ingin membuat perkara serupa.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]