
Seorang lelaki berusia 36 tahun ditangkap kerana tinggal secara bersembunyi selama tiga bulan di lapangan terbang kerana alasan takutkan pandemik Covid-19.
Aditya Singh ditangkap oleh seorang kakitangan United Airlines sewaktu berpura-pura menjadi pengurus operasi di situ.
Aditya berasal dari California yang terbang ke Chicago dan mendarat di lapangan terbang antarabangsa O’Hare pada Oktober 2020.
Dia mengaku takut untuk pulang ke rumah kerana situasi pandemik. Oleh itu, dia memilih untuk tinggal di lapangan terbang tersebut. Malah, dia turut memakai kad identiti seorang pengurus operasi yang sebelum ini dilaporkan hilang.
Aditya yang juga seorang penganggur ditangkap dan dihantar ke balai polis sehingga membongkar identitinya yang sebenar.
Selama tinggal di lapangan terbang tersebut, dia hidup dengan memakan sisa makanan dari penumpang namun tidak pernah berhadapan dengan masalah selama tiga bulan di situ.
Walau bagaimanapun, Aditya tetap dihukum dan dibawa ke mahkamah, malah kisahnya mengejutkan hakim.
Menurut hakim, Aditya Singh tinggal di lapangan terbang sejak 19 Oktober 2020 hingga 16 Januari 2021. Walau hanya kesalahan tersebut, dia tetap dianggap merbahaya.
Sehingga kini, Aditya Singh masih lagi ditahan dan jika ingin bebas, dia perlu membayar jaminan sebanyak USD 1,000.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]