
Perkara ini terjadi kepada seorang lelaki di Indonesia yang tanpa sengaja telah makan nasi berlaukkan tembakau, ini kerana dia beranggapan, tembakau tersebut adalah serunding.
Rupanya yang mirip serunding menjadi lelaki yang mungkin dalam keadaan lapar tidak sedar, ‘serunding’ yang ditabur pada nasinya itu adalah tembakau.
Menurut lifestyle Suara.com, seorang lelaki telah memuat naik di akaun Facebook dan Twitter bagaimana dia begitu teruja dengan isi bungkusan plastik putih di depannya.
Dengan nasi dan lauk lain yang terhidang di atas meja, dia telah menaburkan tembakau tersebut di atas nasinya. Namun, apabila menguap ‘serunding’ tersebut ke mulutnya, dia terus tertunduk malu dan kecewa apabila merasa tembakau yang disuap ke mulutnya itu dan bukannya serunding.
Kisah tersebut telah menjadi viral dan mendapat pelbagai reaksi dari warganet.
“Orang kalau sudah lapar, apa-apa saja digasaknya,” ujar seorang nitizen.
“Tetapi, tak kan tidak cium baunya kan tidak sama dengan bau serunding?” komen seorang lagi warganet.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]