Pusat Konvensyen Kuala Lumpur tawar Penyelesaian Virtual Sehenti

Pusat Konvensyen Kuala Lumpur tawar Penyelesaian Virtual Sehenti

Pusat Konvensyen menawarkan platform maya yang sangat interaktif dan menyeluruh.

Penyelesaian Virtual Sehenti memastikan perniagaan terus berhubung dengan komuniti dan pencapaian lebih luas. (Gambar Bernama)

Pusat Konvensyen Kuala Lumpur menawarkan Penyelesaian Virtual (Maya) Sehenti untuk memastikan perniagaan terus berhubung dengan komuniti dan pencapaian yang lebih luas dalam persekitaran perniagaan global yang baharu.

Pengurus Besarnya, Alan Pryor berkata penyelesaian terbaru merangkumi studio baharu yang dilengkapi dengan peralatan audio dan visual berkualiti tinggi digabungkan dengan lebar jalur Internet 400 Megabit, dua bekalan kuasa berasingan dan rangkaian yang khusus.

Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata pasukan pakar teknikal yang berkelayakan juga disediakan untuk menasihati serta menyampaikan sebarang keperluan acara secara maya dan hibrid, melibatkan set atau acara serta reka bentuk teknikal sehingga penstriman dan siaran langsung.

“Mengadakan acara digital, sama ada persidangan, pameran atau acara korporat, ia sangat berbeza dengan acara dilakukan secara fizikal dan kami di sini memainkan peranan dalam memastikan proses peralihan itu berjalan lancar untuk pelanggan dan delegasi mereka.

“Pasukan kami yang berpengetahuan dan berpengalaman dilatih untuk membimbing pelanggan kami supaya menganjurkan acara secara digital dengan lancar dan berjaya, pada masa yang sama mematuhi prosedur operasi standard (SOP) keselamatan,” katanya.

Pryor berkata sebagai sebahagian daripada Penyelesaian Virtual Sehenti, pusat itu menawarkan platform maya yang sangat interaktif dan menyeluruh, mengintegrasikan penstriman langsung dan peralatan video sedia ada serta dilengkapi dengan pendaftaran sistematik yang diiktiraf secara global untuk peserta acara.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.