
Perkara ini membuatkan seorang pemuda bernama Kelvin membuat keretanya sendiri daripada barang-barang terbuang yang ada di sekitar rumahnya.
Pemuda berasal dari Ghana ini menghasilkan kereta dari hasil barangan terbuang dalam masa 3 tahun.
Drew Binsky, seorang YouTuber telah menemuramah Kelvin mengenai pengalaman membuat kereta tersebut dan Binsky telah berkongsi di dalam YouTube.
Malah, Brinsky sendiri duduk di sebelah Kelvin untuk merasai pengalaman menaiki kereta buatan pemuda ini. Ternyata dia kagum melihat hasil ciptaan Kelvin yang hampir serupa dengan kereta sebenar.
“Kereta ini juga mempunyai radio dan ‘badan’ yang kukuh,” ujar Brinsky.
Ternyata, rata-rata warganet turut teruja dengan kebolehan Kelvin ini.
Bercerita mengenai proses pembuatan kereta yang hanya bermodalkan barangan terbuang di sekitar rumahnya, Kelvin begitu kreatif mencipta bahagian badan dan enjin kereta.
“Beberapa komponen saya dapati dari kawasan sekitar dan saya membuatnya menggunakan bahan pembuatan kontena. Saya menggunakan batang besi untuk rangka dan badannya.
Kereta ini adalah kombinasi kereta dan motor kerana saya gunakan sespensi motorsikal untuk bahagian enjin,” kata Kelvin.
Kelvin mengambil masa tiga tahun untuk memastikan keretanya benar-benar kuat dan boleh dipandu.
Walaupun dari barang-barang terbuang, Kelvin memperuntukkan kos yang agak mahal iaitu sebanyak 8 ribu Ghanaian Cedi untuk menyiapkan keretanya.
Namun, bagi Kelvin paling penting dia dapat membuktikan kepada seluruh dunia bahawa dia mempunyai bakat dan kreatif untuk mencipta sebuah kereta.
“Impian saya adalah untuk mencipta kereta untuk dunia. Saya ingin membuat kereta seperti yang dilakukan oleh orang kulit putih.
“Saya ingin memotivasi semua orang yang punya pengetahuan dan kemampuan untuk membuat sesuatu yang berguna,” ujarnya.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]