
Walaupun ekonomi tidak berapa menggalakkan, namun permintaan perumahan sekunder di pasaran tetap merangsangkan.
Pengubahsuaian pada beberapa bahagian rumah boleh memberi tambahan nilai kepadanya jika anda memutuskan untuk menjual rumah tersebut. Tetapi sebelum sebarang pengubahsuaian, adalah penting untuk mengetahui apa yang boleh memberi pulangan pelaburan yang tinggi kepada anda.
Peruntukan perbelanjaan sangat penting kerana anda perlu memikirkan tentangan pulangannya kelak. Anda juga perlu yakin dengan pulangan dari pengubahsuaian tersebut. Namun, perlu diingat, tidak semua ubahsuai dapat meningkatkan nilai rumah tersebut.
Berikut adalah beberapa perkara penting yang perlu dipertimbangakan ketika memikirkan mengenai pengubahsuaian rumah.
1. Menggabungkan bilik
Sebelum ingin mengubah reka bentuk rumah, fikirlah dahulu tentang faktor yang boleh mempengaruhi nilai jangka panjangnya.
Trend reka bentuk utama dalam beberapa tahun kebelakangan ini ialah mengujudkan kamar utama yang besar dengan menggabungkan dua bilik tidur yang terletak bersebelahan.

Kedengaran seperti idea yang bagus tetapi mungkin tidak pada bakal pembeli yang mencari bilik tidur yang banyak. Oleh itu, sekiranya rumah anda untuk dijual semula, lebih baik mempunyai bilik tidur berasingan yang banyak.
2. Pengubahsuaian mewah
Pengubahsuaian mewah memang menyeronokkan tetapi dari segi nilai, ianya tidak semudah yang disangka.
Jangan berbelanja besar pada peralatan seperti pintu, lampu dan sebagainya kerana kebanyakan orang akan mengabaikannya sebagai nilai tambahan.
Kadang-kala pemilik rumah membelanjakan banyak perkara yang tidak disedari orang lain melainkan mereka sendiri. Contohnya; bilik mandi dengan marmar mewah tidak memberikan pulangan tinggi.

3. Lokasi
Bagi kebanyakan pembeli, kawasan kejiranan amat penting. Oleh itu, penambahan yang tinggi di kawasan rumah sederhana, kemasan mewah di pinggir bandar atau lanskap mahal di jalan yang tidak dijaga dengan baik, tidak akan meningkatkan nilai rumah tersebut.
Tetapi pandangan ini mungkin berbeza dan kemungkinan pembeli ingin melakukan pengubahsuaian mengikut citarasa mereka sendiri.
Turut diambil kira sekiranya kebanyakan rumah di kawasan tersebut telah diubahsuai dan permintaannya meningkat.

4. Terlalu banyak penyesuaian
Adalah baik untuk membuat sesuatu yang anda suka mengikut keperibadian anda. Tetapi pengubahsuaian rekabentuk yang drastik seperti kertas dinding, kelengkapan mahal atau melukis reka bentuk di dinding tidak akan meningkatkan nilai rumah tersebut.
Ciri-ciri ini sangat peribadi bagi pemilik rumah dan tidak semestinya menjadi nilai tambah untuk pemilik berikutnya. Pilih kemasan yang lebih klasik yang mudah diubahsuai mengikut perubahan waktu.
5. Pengubahsuaian kecil

Do-it-yourself (DIY) adalah kaedah yang baik untuk menjimatkan wang dari aspek ubahsuaian tertentu – tugas mudah seperti melukis, menukar perkakas dan sebagainya, tetapi tidak untuk projek yang lebih kompleks.
Sekiranya anda bercadang untuk menjual rumah anda pada masa akan datang, gunakan khidmat mereka yang lebih pakar untuk pekerjaan yang lebih besar seperti memasang lantai bilik mandi atau memperbaiki dinding.
Sekiranya perkara-perkara ini tidak dilakukan secara profesional, pembeli masa depan mungkin menyedari kekurangan kualiti kerja. Dalam senario terburuk, projek DIY anda boleh berakhir dengan teruk.
Sebagai contoh, walaupun sesuatu yang semudah memasang sinki boleh menjadi bencana. Sekiranya bocor, ia boleh merosakkan lantai atau lebih teruk lagi menyebabkan kerosakan struktur rumah.
Artikel ini ditulis oleh Sharina Ahmad dari PropertyAdvisor.my, sumber data dan analistik hartanah serta penelitian yang paling komprehensif di Malaysia.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]